Thursday, October 5, 2017

SURIHATI ENCIK PEMBUNUH

SOLD OUT
Surihati Encik Pembunuh
Hilal Asyraf

Sinopsis

Ahli-ahli dunia gelap telah menggelarnya sebagai 'Izrail', kerana setiap kali organisasi dunia gelap tumbang, dialah yang bertanggungjawab. Dia telah meragut 900 nyawa. Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kehidupannya itu. Sedang kemelut jiwanya mencapai kemuncak, kenalan lamanya Amirah muncul. Faisal membuat tindakan drastik, melamar ketika itu juga. Berhajat Amirah menjadi surihatinya, menemani dan membantunya keluar dari kegelapan.

Pada masa yang sama, Organisasi Hitam, yang menaungi Faisal, mempunyai satu agenda rahsia yang bakal menggegarkan Malaysia. Apakah Faisal akan berjaya menyelamatkan dirinya? 

TAKDIR 2

SOLD OUT 
Takdir 2
Hilal Asyraf

Sinopsis
Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari,menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan,tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar,dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.
Tanah Suci,Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan. Lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya,serangan ke atas Ethan dilancarkan.
Namun,Sang Asura tidak mengalah,dia juga punya rencana. Kali ini,Sang Asura sendiri akan turun beraksi!
Lantas,badai yang tidak pernah disangka selama ini akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?


Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna adalah novel kedua daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia,tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri. Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa.
Takdir,cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.

TAKDIR

SOLD OUT 
Takdir
Hilal Asyraf

Sinopsis
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun yang lalu, ramai yang menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota ‘Hijau’ Chinmayi juga begitu. Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo ditangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya. Namun bukan bagi Kerajaan Tanah Haram dan kota ‘Hijau’ Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya. Lantas seorang pemuda dihantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bahawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Tuesday, October 3, 2017

SELIMUT MALAM

SOLD OUT
Selimut Malam
Hani Fazuha

Sinopsis

Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.

Tapi, ada yang Haidar tidak tahu kenapa dia sanggup lakukan begitu.

'Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.'

Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara.

'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri.

'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'.

'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi isteri.

Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang.

'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hampir tidak terkeluar.

Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman.
 


Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?

YANG LUAR BIASA

SOLD OUT
Sinopsis

Yang Luar Biasa - Hani Fazuha
Cinta memang luar biasa kerana ia mampu merubah banyak perkara. Kerana cinta, Arissa jadi tersepit. Memilih Adam, dia harus mengenepikan rasa hati sendiri. Memilih Zhariz, dia harus membelakangkan keluarga dan memilih Haraz, dia harus bersedia melawan cemburu. Lantas, siapa yang harus dia pilih? 


Diary Mrs Ben – Anna Lee
Sofia dan Ben, dua sahabat sehati sejiwa. Tiada rahsia antara mereka. Baik buruk diri masing-masing, mereka tahu semuanya. Namun, sesuatu telah terjadi menyebabkan mereka terperangkap dalam satu konspirasi yang tidak terduga!

Konspirasi apakah? Benarkah tiada rahsia antara mereka? Mampukah dua sahabat baik tinggal di bawah satu bumbung?


My Slurpee Slurp! - Syah Shah 
Masa silamnya gelap. Jiwanya kosong. Dalam perjalanannya mencari arah dan sinar, si dia muncul tiba-tiba. 

"Sebab yang curi-curi tu yang manis. Slurpee slurps kind of yummy..." - Damien


Dear Cinta – Farah Husain


Perpisahan itu ibarat kopi tanpa gula. Pahit tapi ada nikmatnya. Tasneem hilang cinta pertama. Namun, takdir Allah itu indah. Kehilangannya diganti dengan pemilik nama; Ariff Hakimi.

LELAKI TERAGUNG

SOLD OUT Sinopsis
LELAKI PILIHAN TERAKHIR 2 – Hani Fazuha
Perkahwinan bukan hanya akan ada yang manis-manis saja. Tapi, hidup bersama Mohd Aakif Hudzairi, yang pahit bak biji kopi pun boleh saja jadi manis macam gula melaka.
"Hati awak, mana saya tahu apa isinya."- Airis
"Eh! Takkan tak tahu? Kan you yang simpan?"- Hud
"Simpan apa?" – Airis
"Hati I. You simpan dalam peti besi kan? Dan kuncinya you hilangkan." – Hud.
Oh! Aku tengah sakit hati, dia boleh pula main-main.

DIA... RANDOM GUY 2 – Farah Husain
Amzar dan Alina, kisah mereka bermula dengan kejadian tak terduga yang akhirnya membawa mereka ke gerbang bahagia. Tapi, tak ada jaminan yang mengatakan sebuah perkahwinan itu akan bahagia sepanjang zaman.
"Sayang tak boleh macam ni. Tak kesian kat anak-anak kita ke?" – Amzar
"Just leave me, Amz. Please.."
Alina itu nyawanya. Mana mungkin dia mampu tunaikan permintaan itu.
 

GRAVITI


SOLD
Graviti
R'ans

Sinopsis
"Selagi jantung aku berdegup, selagi itu cinta aku pada dia tak akan mati"- Jade-

Isaac Newton menemui graviti apabila sebiji epal jatuh di kepalanya.
Aku pula menemui cinta apabila jatuh hati pada kau - Shaf-

R'an mula menjadi gelisah dan resah apabila Shaf bagaikan bayang-bayang yang mengejar dirinya. Semakin jauh dia berlari, semakin Shaf menghampiri. Makin ditolak, makin dia mendekat. R’an keliru. 

Antara cinta Jade dan Shaf, yang manakah perlu dipilih? Mampukah cinta dia bersama Jade bertahan hingga ke akhirnya, atau adakah cinta Shaf yang bakal menjadi peneman hingga akhir hayat?

Cinta itu bagaikan graviti, walau jauh mana kita berlari, walau tinggi mana kita terbang, bila tiba waktunya, kita akan tertarik dan jatuh cinta tanpa kita sedari.