Friday, May 26, 2017

SALAH SIAPA?


SOLD OUT
Salah Siapa?
Dekna Lee

Sinopsis

Apa perasaan awak bila sedar aje dari 'tidur', rupa-rupanya awak berada di hospital?

Klise! Tapi...

Apa perasaan awak bila sedar dari 'tidur', keluarga awak paksa awak berkahwin disebabkan awak disahkan mengandung? Anak kawan baik awak pulak tu...

Dan lebih malang, awak tak ingat apa-apa langsung kejadian yang menyebabkan awak mengandung tu! Malah, awak tak ingat kejadian yang berlaku 5 tahun sebelum kemalangan tu.

Ini yang terjadi kepada Aida. Dia tak sangka langsung yang dia akan mengandungkan anak kawan baik dia sendiri. Tergamak Hafizul mengkhianati kepercayaan dia? Mereka bersahabat dari kecil. Apa yang terjadi dalam tempoh 5 tahun itu sehingga Hafizul tergamak menggelapkan masa depan dia?

Hafizul pulak banyak mendiamkan diri. Banyak menyimpan rahsia. Dia mengaku semua masalah berpunca dari dia, menyebabkan semua orang pulaukan dia.

Tapi things get fishy... Kenapa Hafizul beria-ia mengaku salahnya setiap kali orang lain mempersoalkan apa sebenarnya yang dah berlaku?

Betul ke semua salah Hafizul? Atau ada orang lain yang menjadi punca dan Hafizul sekadar jadi kambing hitam aje? Salah siapa sebenarnya?

No comments: