Friday, May 26, 2017

DUA-DUA DEGIL!



SOLD OUT

Dua-Dua Degil!
Dekna Lee

Sinopsis
Sebaik sahaja tersedar dari komanya, Ikmal terkejut mendapati dia mempunyai kekasih bernama Arissa. Arissa juga merupakan anak latihnya. Kehadiran Arissa di wadnya pada setiap hari merimaskan dia.

“Abang berdendam dengan Arissa sebenarnya, kan?

Sebab Rissalah abang kat sini. Itu sebabnya abang buat-buat lupa, kan?” ~ Arissa

Setelah berjaya mendapat ingatannya semula, dia mengambil keputusan untuk terus berlakon lupa di hadapan Arissa demi kepentingan gadis itu.

“Saya buat ni semua sebab saya sayangkan dia. Sayangkan masa depan dia.” ~ Ikmal

Arissa, dalam masa yang sama berusaha mengurat Ikmal. Dia mahu Ikmal jatuh hati semula pada dia. Siapa sangka? Ikmal hanya berlakon selama ini. Dia rasa terhina apabila mendapat tahu yang semua ahli keluarganya bersubahat Ikmal.

“Tak sangka! Semua dah tau. Semua bohong Arissa! Layan Arissa macam budak bodoh. Buat Arissa percaya yang dia betul-betul tak ingat Rissa.” ~ Arissa

Dek kerana terlalu kecewa dengan Ikmal, dia mengalah. Dia takkan ganggu lagi hidup lelaki itu, seperti yang Ikmal mahukan. Dia mula berkenalan dengan beberapa rakan lelaki baru. Yang kacak-kacak pula tu!

Ikmal mula menyesali tindakannya dulu apabila Arissa nampak sungguh bahagia tanpanya. Sementara dia semakin hari semakin menderita tanpa perhatian daripada Arissa.

‘Ya Allah, kalau aku tahu begini sakitnya bila melihat dia bahagia di sisi lelaki lain, aku takkan sesekali sia-siakan dia dulu.’ ~ Ikmal

Adakah ianya sudah terlambat untuk Ikmal dapatkan peluang keduanya?

No comments: