Sunday, February 12, 2017

AKU YANG KAU TINGGALKAN


SOLD OUT
Aku Yag Kau Tinggalkan
Alina Haizar

Sinopsis

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Sunday, February 5, 2017

PADAMU KUSANDARKAN CINTA


SOLD OUT
Padamu Kusandarkan Cinta (Out of Print)
Halina Kamarudin
Sinopsis
Pada mulanya dia sangat gembira melihat Farisha berseorangan. Ingin sekali dia mendekatinya tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik sahaja terpandangkan kelibat seseorang. Wajahnya yang ceria bertukar menjadi murung, dia kini hanya mampu memandang jauh.


Sifat cemburunya telah menyelinap ke dasar hati apabila melihatkan kemesraan pasangan itu. Dia tahu kini, Farisha bukanlah miliknya lagi, namun Farisha masih dicintainya. Cuma untuk memilikinya semula adalah satu perkara yang mustahil.


Rasa menyesal masih menghantuinya sehingga kini. Kalau diikutkan hatinya dia mahu merampas Farisha semula tetapi dia tahu jika berjaya sekalipun, hati Farisha tidak lagi padanya. Sesungguhnya dia tidak mampu melenyapkan nama itu dari lipatan kenangannya. Kini dia ibarat sang pungguk rindukan bulan.

Saturday, February 4, 2017

REMBULAN BERDARAH


SOLD OUT
Rembulan Berdarah (Out of Print)

Anita Aruszi

Sinopsis
DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng,dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.
NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?