Thursday, May 28, 2015

KEKASIH UNTUK DIA


SOLD OUT 
Sinopsis

Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.

Kemudian bertukar menjadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia siapa, aku siapa. Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.

Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang

"Sayang.."
"Ya.."
"Di dunia ini ada tiga yang abang suka."
"Apa tu?"
"Pertama matahari, kedua bintang."
"Yang ketiga?"
"Sayanglah."
"Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang..."

Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.

Ironinya, mana ada cerita cinta manis selalu. Tanpa rasa masam mana cukup perisanya. Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau sudah selalu terlebih gula? Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam cerita cinta kami dalam Kekasih untuk Dia

Wednesday, May 27, 2015

PERMATA HATI



SOLD OUT
Sinopsis
Permata Hati mengisahkan tentang sebuah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Ikhmal Hisham dipujuk oleh ayahnya, Tuan Malek supaya bersetuju disatukan dengan Ariana, anak perempuan sulung Haji Mustaffa. Haji Mustafa berhajat besar untuk bermenantukan anak lelaki rakan perniagaannya. Malangnya, Ikhmal pernah dulu terjenuh dengan Ariana dan merasakan dia tidak patut meneruskan hasrat keluarga untuk mengahwini Ariana. Pelbagai perkara terjadi...yang pasti Ikhmal Hisham akhirnya jatuh cinta juga dengan Ariana tanpa dia sedari.

Monday, May 25, 2015

CURAHAN CINTA NIAGARA



SOLD OUT
Sinopsis

Farhan memandang wajah Mira. Perlahan-lahan Farhan menyeka air mata Mira dengan tangannya yang berlumuran darah. Terpalit darahnya di pipi Mira. Dia memandang Mira dengan wajah sayang bercampur sakit. Darah yang semakin banyak keluar tidak mencukupi untuk membekalkan ke seluruh tubuhnya. Tubuhnya mula menyekat darah dari mengalir ke tangan dan kaki. Tangan dan kakinya terasa kebas. Darah yang semakin sedikit mengalir dalam tubuhnya lebih diperlukan oleh jantung dan paru-paru. Tubuhnya mengigil kesejukan. Matanya terpejam.

"Abang! Jangan tinggalkan Mira. Buka mata pandanglah Mira, bang. Mira cintakan abang. Mira sayang abang. Mira sayang abang. Mira sayang abang," Mira merintih dalam tangisan yang tidak dapat ditahan. Mira mengusap-usap rambut Farhan. Dia kesal kerana dalam keadaan kritikal baru dia dapat mengucapkan kata-kata sayang kepada suaminya. Selama ini dia gagal melafazkan kata-kata keramat itu, walaupun dia tahu suaminya begitu ingin mendengarnya.

Thursday, May 14, 2015

RINDU


SOLD OUT 
Sinopsis

Akukah isteri yang kadang waktu gagal memahami hati seorang suami. Alpa di dalam menentukan letak duduknya diri. Syurgakah buatku andai ketentuanMu kugadai di kaki takdir. Sedang diri ada kalanya tidak upaya menentukan baik buruk tiap perhitungan. Suami... sukarnya memahami erti sebuah kasih sayang kiranya apa yang kau hadiahkan adalah diari derita sebuah perkahwinan...