Sunday, March 30, 2014

Akadku Yang Terakhir

SOLD OUT

Sinopsis

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?


“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”

Hopeless Romantik

 

SOLD OUT

Sinopsis
Banyak baca novel, Khairina aka KIAH mengimpikan calon suami ala-ala hero novel. Kacak, maskulin, romantis dan beriman. Tapi, wujudkah lelaki sebegitu di alam realiti? “Nonsense! Kalau I nak romantik-romantik, baik I jadi Romeo. Bukan doktor kanak-kanak!”- Mohammad Khayrel Bin Mohammad Reza aka KAY Okey! Kali pertama tengok KAY, dia dah jatuh suka. Tak tahu celah mana yang dia nampak si KAY tu macam hero novel impiannya. Cuma masalahnya, lelaki tu tunang orang. Tapi, siapa sangka tiba-tiba saja dia diberi peluang menggantikan tempat si tunang KAY yang belum bersedia untuk berkahwin. Boleh ke dia main ganti tempat macam tu? “I’m a baggage, awak tak nak kahwin dengan saya, Khairina. Nanti awak yang menyesal. Saya tahu awak nak lelaki macam mana.” - KAY Tapi, hatinya nekad. KAY, ini KIAH. Hopeless romantik punya Kiah. One day, you will be glued to me macam gam Cap Gajah. “Saya perlukan masa, Khairina! For God’s sake, jangan goda saya!”- KAY “Bantal lebih letak tengah please, untuk keselamatan abang. Saya dah rasa lain macam ni...” perli Kiah. Kay mendecitkan lidahnya. Dia masih buat tak tahu dengan permintaan Kiah. Kenapa perlu dia takutkan Kiah? Dia yang lelaki, bukannya Kiah yang lelaki. Lelaki, takkan nak takut dengan isteri sendiri, bukan? Mampukah KIAH menjadi api mencairkan ais di hati si suami atau adakah api cintanya terpadam disirami ais?

Seseorang Untuk Dinikahi


SOLD OUT
Sinopsis
Jatuh cinta. Bercinta .Putus cinta . bercinta kembali.

Itu sudah jadi rutin hidup Nur Arissa. walaupun sudah banyak kali dikecewakan , tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya . Dia tetap memburu cinta sejati kerana dia percaya , Selagi ada usaha , dia tentu akan bertemu dengan cinta sejati . Namun , tanpa diduga , dia terjatuh cinta dengan sahabatnya sendiri , Nazwan Syah .

Cinta perlu dicari . Nak cari cinta kita perlu ada usaha . Macam mana nak berusaha ? itulah yang dikatakan memburu cinta - Arissa .

Nazwan Syah bukan lelaki yang mudah untuk mencintai seseorang biarpun dia rapat dan baik dengan Arissa memikat Nazwan . Apatah lagi cintanya itu sering ditentang oleh dua orang kawan mereka , Luqman dan Sarah , yang licik mengatur rancangan jahat mereka. Namun , Arissa tidak peduli . Dia terus melamar nazwan sebagai kekasihnya .

"Nazwan , jom jom kita dating ; ujar Arissa tanpa berkias - kias lagi .
"jangan setuju , Nazwan . dia dah gila ," ujar Luqman mendesak Nazwan menolak .

"jomlah dating," ujar Arissa dengan manja separuh gedik . "okey," jawab Nazwan pendek.
"what?" sarah dan luqman memandang Nazwan . "yes!" sorak Arissa gembira.

Namum , Nazwan tidak pernah serius. setelah berlaku suatu insiden, kedua - dua keluarga berpakat hendak mengikat mereka berdua dengan tali pertunangan . ketika pertunangan itu berlangsung, Nazwan mengambil keputusan melarikan diri ke luar Negara . kecewa memang kecewa , tetapi Arissa tetap menjalani kehidupannya tanpa Nazwan di sisi .

Dua tahun berlalu , ketika hati semakin sembuh , muncul Mr . Iphone yang menceriakan hari - harinya . Dalam masa yang sama juga , Nazwan muncul semula dalam hidupnya . mampukah cinta lama berputik kembali ? Dan apa yang Nazwan sembunyikan daripada Arissa selama ini ?

7 Lautan Kucari Cinta

SOLD OUT
Sinopsis 
Tidak mungkin aku mencintai seseorang yang aku tidak pernah kenal. Tidak mungkin aku jatuh cinta hanya dalam satu malam ~ Cici.

Bukan selalu rindu itu mendera sukma. Bukan selalu penantian itu menyeksa jiwa. Bukan jua selalu cinta itu meracun kalbu. Dan aku, bukanlah saudagar cinta yang meletakkan tanda harga pada kasih sayangku ~ Armando.

Mereka terkandas di daerah yang tidak mereka duga. Terkandas dalam rindu yang tidak terluah sehingga benci menjadi sayang, sehingga dingin malam tiada lagi kesepian. Di tepi sungai nan damai, bintang-bintang menghiasi dada langit, bersaksikan rembulan biru dan pondok bisu, di situlah mereka telah jatuh cinta.

Namun, adakah rasa cinta itu akan terluah jika ada yang menghalang? Adakah pengakuan cinta akan dilakukan andai dalam hati ada yang lain? Apakah pencarian cinta itu akan berhasil? Mampukah 7 lautan meyatukan cinta mereka?

Saturday, March 29, 2014

Air Mata Buaya


SOLD OUT

Sinopsis 

Betapa bodohnya manusia, apabila hidup berpaksikan dunia. Lebih sia-sia andai menafikan kebesaran Yang Maha Pencipta. Heiya, lahir bagaikan puteri raja dan Buaya, anak kaum Orang Asli yang kurang serba-serbinya adalah antara insan yang hanyut dalam badai nafsu yang bermaharajalela. Memang indah hidup apabila membiarkan diri hanyut dalam lumpur maksiat dan menobatkan wang sebagai raja!
Walau bagaimanapun, asyiknya cuma sementara. Hebat dihimpit masalah bergelora yang mengundang kepada kecewa, ternyata telah menongkah rahmat keinsafan dan hidayah Allah SWT di hati mereka.

Kehadiran Zukifli Alias dan Ustaz Nuruddin Al-Medani ternyata bagaikan penyuluh cahaya. Namun, mampukah kejayaan itu tercapai dengan sempurna? Lantaran kepayahan pendakian mereka untuk mencari petunjuk agama terlalu mencabar, dan menuntut pengorbanan banyak nyawa serta air mata! Segalanya bakal terjawab dalam Air Mata Buaya.

Sepasang Kurung Pink

SOLD OUT
Sinopsis 

Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Cantik manalah perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung. Kerja pun setakat guru sekolah. Hisy! Mana padan dengan dia. Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya. Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin membulinya? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki. Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibencinya itu menjadi pengubat rindunya.

Sunday, March 16, 2014

Kau Cinta Akhirku

SOLD OUT
Sinopsis 
Kisah Cinta Rayyan dan Aleeya berlanjutan walaupun setelah hampir tiga tahun berumah tangga. Biarpun cinta mereka sentiasa diuji kerana fitnah dan sifat-sifat negatif orang yang sakit hati kepada mereka berdua, Rayyan sedia menghadapinya demi kasih sayang dan cintanya kepada Aleeya dan anak-anak. Keimanan mengajar Rayyan erti pergorbanan.

Antara Islam, akidah dan harta, biarlah harta dikorbankan demi menyelamatkan akidah Fawwazn anak saudaranya yang dijaga oleh bapa kandung sendiri yang beragama Kristian.


Apatah lagi Aleeya sanggup berada di sisinya biarpun ketika berada di dalam kesusahan. Bagi Rayyan, cukuplah dengan adanya buah hati pengarang jantungnya itu.

Sah, Aku Cinta Kamu!

SOLD OUT
Sinopsis 
Raif Imran, jejaka yang telah mencuri hati Irdina. Mereka berkenalan, mereka berteman. Dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk meluah rasa. Tanpa diduga, satu tragedi yang mendekatkan dua hati sehingga akhirnya mereka digelar suami isteri. Hari-hari yang dilalui begitu indah dan bahagia. Namun, kebahagiaan itu direntap apabila Yasmin kembali ke Rahmatullah. Pemergian ibu tercinta telah merenggut seluruh semangat dan jiwa Irdina. Dia kemurungan. Raif diabaikan. Tiada lagi kemesraan di antara mereka. Apabila hubungan jadi kaku dan beku, muncul pula pihak ketiga untuk mengganggu. Rasa curiga mula meracuni. Kesabaran diuji. Kejujuran dicari. Dapatkah mereka pertahankan ikatan itu? Mampukah Raif mengembalikan semula Irdinanya yang dahulu?

Tuesday, March 4, 2014

Magis


SOLD OUT
Sinopsis
Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

Tentang Cinta

SOLD OUT
Sinopsis
Antologi cerpen Tentang Cinta memuatkan 19 buah cerpen bertemakan cinta hasil tulisan 9 orang penulis daripada pelbagai genre.

Tajuk-tajuk cerpen adalah seperti di bawah :

1. Ombak, Pergilah Ke Byron Bay (Maria Kajiwa)
2. Ucapkanlah Sekali Lagi (Maria Kajiwa)
3. Ada Cinta Dalam Hatinya (Maria Kajiwa)
4. Cinta, Sapalah Hatinya! (Rizai Reeani)
5. Pohon Kasih Kita (Rizai Reeani)
6. Seindah Cinta Sarah (Ratu Bulan)
7. Drebarku Sayang (Ilmar Imia)
8. Hari Bersamanya (Ilmar Imia)
9. Cuma Dia (Ilmar Imia)
10. Rasa Hati (Elzara Hariri)
11. Arash (Elzara Hariri)
12. Biarlah Hujan Berlalu (Zuliana Abuas)
13. Sihir Cinta (Zuliana Abuas)
14. Kalau Sudah Jodoh (Packy Sidique)
15. Melakar Pelangi Cinta (Packy Sidique)
16. Tiada Untuknya (Farah Husain)
17. Antara Cinta Dan Dendam (Nash Azly)
18. Layakkah Aku Untuknya (Nash Azly)
19. Tsunami Cinta (Nash Azly)

Cinta Kita

SOLD OUT
Sinopsis
Lama hidup sendirian setelah pemergian Dahlia, Khalish jadi lupa cara bercinta sehinggalah Qistina hadir dalam hidupnya. Qistina yang matang, Qistina yang penuh dengan adab sopan dan yang penting Qistina kaya dengan kasih sayang menarik Khalish untuk jatuh cinta sekali lagi.

“I think I have fallen in love with you.”- Khalish

Qistina angkat muka dan air mata sudah mengalir di pipinya. Sungguh, dia memang mengharapkan ucapan itu dari Khalish.

“Please don't cry, Qis. Marrying me can't be that bad?” - Khalish

Perkahwinan mereka memang membahagiakan. Khalish yang penyayang, sering buatkan Qistina terbuai dengan setiap perlakuannya.

“Hmm.. bagi abang peluk sayang kejap. I need to recharge my batteries.” – Khalish

“I am truly blessed to have you. Abang tak pernah sangka yang rasa bahagia ini akan jadi milik abang sekali lagi.- Khalish

Namun, bahagia milik mereka hanya sampai dipertengahan jalan. Ujian yang melanda, hampir membuatkan mereka tewas.

“I want you to terminate the pregnancy. Faham tak ni?” - Khalish

“Qis faham. Tapi Qis tak boleh.” - Qistina

“Then you don't love me! It is as simple as that, Qistina.”- Khalish

Qistina sudah mula menggeleng. Tidak mungkin. Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Khalish yang penyayang sanggup meminta Qistina menggugurkan kandungannya? Apa akan jadi bila Qistina tetap dengan pendiriannya dan Khalish mengambil keputusan meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan?