Tuesday, December 24, 2013

Katakan Kau Cinta

SOLD OUT

Sinopsis
Norisha Barbara Jane, gadis berdarah kacukan yang lahir hasil hubungan luar nikah ibu dan bapanya meletakkan dirinya gadis yang cukup malang. Dibuang keluarga sendiri, dipulau orang kampung malah menjadi mangsa kebencian kakak tirinya sendiri. Nur Izham Syah, lelaki bekerja dan egois. Cinta baginya adalah permainan.

Kemalangan yang tidak disengajakan telah menerbitkan rasa dendam Izham kepada Norisha. Gadis itu perlu mendapat balasan di atas apa yang terjadi. Kehilangan Kartini (kakak tiri Norisha) pada hari pernikahan mereka umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Untuk merealisasikan rancangan jahat itu, Norisha perlu menjadi pengantinnya. Kerana budi yang ditabur demi menjaga maruah, Norisha sanggup menjadi pengantin kepada lelaki yang tidak dikenali.

Mampukah perkahwinan berasaskan dendam melahirkan bibit cinta antara mereka? Dan apa yang bakal terjadi apabila Farid, lelaki yang tidak jemu menagih cinta Norisha hadir? Lebih parah lagi apabila Kartini merebut kembali pengantin lelaki. Berjayakah rancangan jahatnya untuk membunuh Norisha?


"Kalau tak kerana kau pernah menjatuhkan air muka aku tempoh hari, aku takkan kahwin dengan kau. Kalau tak kerana Kartini tinggalkan perkahwinan itu, perkahwinan ini tak mungkin berlaku dan kalau tak kerana aku berdendam dengan kau, tak ingin aku berkahwin dengan kau, kau tahu tak? Bagi aku, perkahwinan ini tak penting. Apa yang penting, dendam aku terbalas." - Norizham Syah


"Norisha, walaupun hanya berbaju kurung, namun dia tetap seksi, sopan dan cantik. Tak macam kau, pakaian macam bungkus nangka. Dan aku rasa kalau kau telanjang sekalipun, belum tentu Izham akan tersangkut. Memang patut pun Izham tinggalkan kau."- Farid Iskandar

Bukan Isteri Simpanan


SOLD OUT


Sinopsis 
DANIA - Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff.


AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain?

Kekasihku Popular


SOLD OUT


Sinopsis 
Pertembungan yang tidak di sengajakan antara Rianna dengan Ryu di KLIA, telah menyebabkan salah faham  terjadi antara mereka. Lantaran satu Insiden, Rianna Lily terpaksa menjadi PA kumpulan Rookies dan sekali gus terpaksa melayan karenah Ryu Firdaus yang cukup-cukup menjengkelkan. Ryu Firdaus banyak menyakitkan hati Rianna Lily tanpa memikirkan perasaannya, namun Rianna hanya bersabar dengan karenah Ryu Firdaus, mamat yang perasan hansome itu. Kehadiran Rianna dalam hidup Ryu yang sedia ada kucar kacir itu, makin membuatkan diri Ryu menjadi bertambah tidak keruan. Perasaan geram dan sakit hati hadir silih berganti. Namun, tanpa di duga ada rindu bertandang pula. Hakikatnya, Rianna juga buntu, dalam geram, marah, sakit hati, ada cinta dan rindu yang tumbuh didalam hatinya. dalam masa yang sama dia dikejutkan dengan satu berita yang tidak disangka-sangka daripada kisah silamya. Rianna Lily menjadi keliru akan perasaannya sendiri. Siapakah gerangan jejaka yang berjaya mengetuk  pintu.hatinya kini. KEKASIHKU POPULAR, mungkinkah itu jejaka idamannya?

Suamiku Mr. Blind


SOLD OUT


Sinopsis 
“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.

Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.

“Aku tak nampak apa-apalah!”

Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.

“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.

Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.

“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”

AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!

Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!

Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?

“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”


Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya? 

AWANG VAMPIRO

SOLD OUT
Sinopsis

Siapa kata vampire hanya wujud di dunia Barat sahaja? Buktinya, Awang anak jati negeri Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis telah bertukar menjadi vampire setelah digigit oleh laksamana perang Portugis bernama Cassius. Awang telah mengembara ke seluruh pelosok dunia dan pulang semula ke tanah air, menyaksikan pembangunan pesat Malaysia tercinta. Bersama sahabat karibnya, Kasturi (yang telah bertukar menjadi orang minyak) mereka harus menyelamatkan umat manusia daripada cengkaman makhluk ganas bernama Daevas. Persoalannya, bolehkah vampire dan orang minyak menyelamatkan umat manusia? Naskhah yang wajib dimiliki untuk menjawab segala persoalan yang timbul.

Sunday, December 15, 2013

PELAYARAN CINTA

SOLD OUT
Sinopsis
Perkahwinan yang berlaku kerana ditangkap khalwat memberi tamparan hebat kepada Alia, seorang pegawai polis yang dedikasi. Alia ditangkap bersama Zafri ketika menyiasat kes ugutan bunuh pelakon terkenal. Natasya Adila merupakan adik kandung Zafri.

Disebabkan rasa malu dan takut, mereka merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan umum termasuklah ibu Zafri, Datin Marlina. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Alia sememangnya membenci Zafri yang dianggapnya kaki perempuan dan begitu juga Zafri yang mendendami Alia atas tindakan Alia sebelum ini dalam satu kes polis.

Mampukah mereka melayari alam rumah tangga dengan aman dan membongkar penjenayah sebenar yang mengugut Natasya Adilla? Apakah Alia harus akur dengan hakikat sebenar bahawa telah hadir seorang lelaki yang akan melindungi dan mencintainya sepenuh hati?

Monday, December 9, 2013

Sungguh Aku Jatuh Hati


SOLD OUT

Sinopsis 
Dalam hidup Nuradelia Hanani, berkali-kali dia jatuh hati. Cuma hatinya yang jatuh belum sempat dikutip balik, dah kena lenyek. Dek terlanggar hukum bercinta sebelum nikah, dia merana dicuit sengsara. Betulkah cinta sebelum halal itu adalah tragedi semata-mata? Atau tiga lelaki ini yang membuatkan hatinya diagah rasa?

Hafez Nubhan, bekas tunang Nani muncul kembali dengan status duda dan menagih cinta selepas beberapa tahun menghilang. Antara sayang dan simpati, dia harus lebih memerhati.
“Yeop sayangkan Yang. Yeop akan masuk meminang Yang!”

“Berkicau riuh seluruh alam, burung merpati si burung nuri, jenuh menunggu Cik Nani masih berdiam, bolehkah saya jadi calon suami?”
Sesekali tuan doktor berpantun seloka, mahu tergolek dia menghadamkan kata. Dr. Naufal Ikram berusaha untuk merebut cinta Nani dan merawat hatinya yang sekian lama terluka.

“Andai bulan mampu bersuara, ingin saya bertanya pada bulan, kenapa harus dia yang saya rindukan?”
Apabila jurutera tersampuk badai sastera, dia rasa bagai mahu gila! Izz Harriz datang mengetuk pintu hati Nani dengan selamba. Inche bos dah jadi pemuja bahagia!
Dia perlu memilih antara tiga. Dalam mencari jawapan, satu rahsia terbongkar. Nani terkedu. Takdir atau kebetulan? Dia harus juga memilih, kerana bagi seorang Nuradelia Hanani:
“Sekali Nani jatuh cinta, selamanya Nani akan setia.”

Ada Madu Ada Racun

SOLD OUT

Sinopsis
“Apa yang berlaku 27 tahun dulu I tak boleh cerita pada you. Kerana daddy dengan abah yang berhak untuk membuka cerita tu kalau mereka mahu macam tu.”

Cerita lama? Ya! Cerita lama itu yang menemukan mereka sampai ke alam perkahwinan yang tidak seindah perkahwinan yang lain. Cerita lama itu masih tergantung sehinggalah mereka diketemukan dan dikahwinkan oleh orang tua mereka. Semuanya kerana cerita lama itu.

Bagi Nur Azlyn Isabel, dia reda menerima aturan ibu dan ayahnya kerana menyedari kuasa di tangannya amat terhad. Dengan budi yang tidak mampu dibalas, sudah tentulah dia tidak mampu untuk berkata tidak. Namun, hidup tidak semudah yang dibayang. Kebencian suami dan tohmahan lelaki itu kepadanya benar-benar menguji diri. Puas dia bersabar, namun kesabarannya tiada harga.

Ahmad Rafael Johan, tegar sekali membaja ego di hati. Apa yang dia tahu dia takkan berhenti selagi dia tidak puas menyakitkan hati wanita itu. Baginya wanita bermata duitan seperti itu terlalu hina di matanya. Namun Johan terlupa. What goes around, comes around!

Lalu satu saat hatinya mula disapa rindu. Berubah sama sekali putaran hidupnya. Tidak diduga dalam pada dia mengharapkan cintanya berbalas, Johan berhadapan pula dengan rancangan Lyn yang mahu membalas semula segala kesakitan yang diterimanya. Dendam dalam cinta ini mula memusnahkan ikatan suci mereka. Kedegilan Lyn memahat tembok dendam membuatkan Johan tercari-cari jawapan yang dicarinya.

Tegakah dia dibenci oleh isterinya itu? Sepertimana dia pernah membenci wanita itu? Apakah penghabisan kisah mereka? Apa pula cerita lama itu?

Dicintai Atau Mencintai


SOLD OUT

Sinopsis
Kata orang, cinta itu manis macam madu tapi baginya cinta itu lebih manis daripada itu… Kata orang, terluka itu pahit tapi baginya terluka itu perit…

Sengal, mental dan gila. Itu gelaran untuk lelaki yang bernama Mohd Zariq Asyraf.  Bagi Qyra, pertemuan dengan lelaki itu sangat menjengkelkan dan menyampahnya kepada lelaki itu tidak terluah dengan kata. Perasaan itu semakin menjadi-jadi apabila mereka mula bekerjasama.

“I cakap dengan you tadi you tak dengar ke?” – ZARIQ

“You cakap dengan I ke?” – QYRA

“Ada orang lain lagi ke dalam kereta ni?” – ZARIQ

“Your driver tu bukan orang ke?” – QYRA

Bagi Zariq, gadis yang bernama Qyrana Najwa itu pula seorang yang perasan bagus. Perangai tak semenggah dengan rupa. Mulut pula ya ampun, bukan main berbisa apabila berbicara. Satu yang disoal tapi sepuluh yang dijawabnya. Kalau disuruh memilih, gadis  seperti itu memang tidak akan tersenarai langsung sebagai calon pilihan. Titik!

Namun perancangan Allah, tiada siapa yang dapat menduga. Akhirnya dalam asyik bergaduh, rupa-rupanya ada sayang dalam hati masing-masing…

“Love you like crazy.” - ZARIQ

“Tak apa. You gilalah sorang-sorang, nanti I cari boy-friend lain.” – QYRA

Saturday, December 7, 2013

MENYEMAI CINTA

SOLD OUT
Sinopsis

Hidup selepas kematian seorang ayah begitu sukar. Terpaksa bekerja keras dan mengenepikan keseronokan hidup seorang remaja demi untuk keselesaan diri dan adik-adik. Kasih terhadap ibu yang tiada tempat bergantung membuatkan dia redha dengan takdirnya. Namun hadirnya sinar kasih seorang jejaka telah mengubah seluruh hidupnya. Cinta baginya terlalu asing. Dia tidak pernah mengecapinya. Malah tidak pernah mengimpikan sebuah cinta kerana matlamat utamanya di dalam hidup ialah segulung ijazah. Demi mengubah taraf hidup mereka. Tetapi keluhuran cinta seorang lelaki yg selama ini dianggap abang membuatkan dia terpaku. Permintaan ibu agar menerima lamaran yang datang membuatkan dia kecewa. Dunianya seakan berakhir. Namun kasih terhadap ibu mengatasi segalanya. Lamaran itu diterima dan dia teruja dengan kasih yang dihambur. Terlalu luhur cinta itu. terlalu indah pula nikmatnya... membuatkan dia terlalu mensyukuri kurniaan Ilahi yang satu itu.

Thursday, December 5, 2013

Andai Itu Takdirnya


SOLD OUT
Sinopsis

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,
dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.